Background Illustrations provided by: http://edison.rutgers.edu/

5 MEI

Ya Rabbul A’lamiin, 

Mudahkanlah urusan mengundi hari ini. Peliharalah kebenaran, peliharalah akhlak-akhlak kami rakyat Malaysia, dan peliharalah undi-undi yang diberi. Ya Allah, jagalah keselamatan rakyat Malaysia dan peliharalah bumi Malaysia dari kejahilan. Jauhkanlah kemudaratan dan maksiat dari terus berleluasa. Ya Rahman Ya Rahiim, Engkau berikanlah kebenaran pada pihak yang terbaik dan ampunkanlah dosa-dosa kami sepanjang proses ini. Jadikanlah kami hamba-hambamu yang sentiasa bertawakkal dan bersangka baik dengan setiap ketentuanMu. Amiin. 

SAYANG ZAHIDAH

Assalamualaikum Zahidah,

Kami mendoakan awak sembuh cepat, kami rindu nak duduk usrah, lepak, dan makan bersama-sama! Moga Allah memberikan awak kesabaran dan kekuatan senantiasa. WE LOVE YOU FOR THE SAKE OF ALLAH! 

AFZA-ATIQAH-SHARMAINE-HANIS-SHASHA-AINA

Sadness

"Truly in the heart there is a sadness that cannot be removed except with the happiness of knowing Allah and being true to Him. And in it there is an emptiness that cannot be filled except with love for Him and by turning to Him and always remembering Him. And if a person were given all of the world and what is in it, it would not fill this emptiness." (Ibn Qaiyyim)

Rindunya hati ana pada Haramain. Saat di mana warna kulit, ketidaksempurnaan fizikal, bangsa dan status SELURUH DUNIA- bersatu kerana kecintaan pada Dia. Keimanan pada Rabbul Alamiin, Allah yg Maha Esa.Tanah di mana dijanjikan keamanan olehNya di dalam Quran. Tanah di mana Rasulullah saw dan sahabiyah pernah berpijak dalam menegakkan syiar Islam. Ana rindu. Semoga kita semua menjadi tetamuNya di Tanah Suci Mekah dan Madinah. 